Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari - Blog Darurat Wahabi (www.newsalafy.top)

ANTI TERORIS-KHOWARIJ FITNAHTAN LIL ALAMIN membongkar kesesatan dan bahaya ajaran wahabi tanduk setan ahlul fitnah dari najd berdasarkan al qur'an dan as sunnah serta pendapat fatwa para ulama sunni

Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari

TAHLILAN
Shahihnya Hadits Riwayat Thawus Attabi’in dan Umair bin Ubaid : Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari
Dalil-dalil sunat membuat kenduri tahlil arwah:
1. hadis Thawwus:

 ( ان الموت يفتنون فى قبورهم سبعا . فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام . )  
Ertinya “ Berkata Thawwus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah/diuji akan mereka itu didalam kubur, didalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( Para Sahabat) suka bahawa memberi makan mereka itu ganti daripada mereka itu pada demikian itu hari.” ] – Hadits Shahih marfu’
2. Berkenaan hadis Umair bin Ubaid yang sahih yang tiada pertikaian , disudut hubungannya dengan Thawus  tersebut apabila digabungkan (dikompromikan kesemua hadis-hadis tersebut ) beliau  memberi komentar :

عن عبيد بن عمير: قال : يفتن رجلان مؤمن ومنافق فأما المؤمن فيفتن أربعين صباحا.

Dari Ubaid bin Umair r.a , berkata “ Difitnahkan (dalam kubur) dia jenis orang , yang beriman dan yang munafik . maka yg beriman difitnahkan/diuji selama 40  pagi (hari)”

3.
عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .
قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ
Ertinya: Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w, “wahai Rasulullah telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka”. Telah menjawab oleh Nabi s.a.w, “adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya. Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah”. Berkata para sahabat, “adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan shahwat?”. Jawab Rasulullah s.a.w “bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan shahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan shahwat pada yang halal nescaya bagimu itu pahala”.
Hadis riwayat Muslim.
وَرَوَيْنَا فِى سُنَنِ الْبَيْهَقِىْ بِاِسْنَادٍ حَسَنٍ اَنَّ اِبْنَ عُمَرَ اِسْتَحَبَّ اَنْ يُقْرَأَ
عَلَى الْقَبْرِ بَعْدَ دَفْنِ اَوَّلُ سُوْرَةِ الْبَقَرَةِ وَخَاتِمَتِهَا
Ertinya: Telah kami meriwayatkan di dalam sunan Al-Baihaqi dengan isnad yang hasan bahawa Ibnu Umar menyunatkan bahawa dibacakan atas kubur selepas wafat, awal surah Al-Baqarah dan akhirnya (Kitab Futuhat Ar-Robbaniah Syarah Al-Azkar Nawawiah – juzuk 3 m/s 194).
Hadis riwayat Ibnu Mubarak daripada Sulaiman At-Taimi daripada Abi Usman daripada Ma’qil bin Yasar, beliau berkata: “Telah bersabda Nabi s.a.w
اِقْرَأُوْا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ
Ertinya: Bacalah surah Yasin atas mereka yang mati dikalangan kamu.
Telah mensahihkan hadis ini oleh Ibnu Hibban di dalam kitab Al-Ihsan no 3002.
قَالَ اَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ مَرُوْزِىْ سَمِعْتُ اَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلَ يَقُوْلُ اِذَا دَخَلْتُمُ الْمَقَابِرَ فَاقْرَأُوْا بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَالْمَعُوْذَتَيْنِ وَقُلْ هُوَ اللهُ اَحَدٌ وَاجْعَلُوْا ثَوَابَ ذَلِكَ ِلاَهْلِ الْمَقَابِرِ فَاِنَّهُ يَصِلُ اِلَيْهِمْ
Telah berkata oleh Ahmad bin Muhammad bin Maruzi, aku mendengar Ahmad bin Hambal berkata “apabila kamu masuk kepada perkuburan baca olehmu surah Fatihah dan mauzatain dan Qulhuallahuahad, lalu kamu jadikan pahalanya bagi ahli kubur. Maka sesungguhnya ia sampai kepada mereka (Ihya’ Ulumuddin).
وَاَمَّا مَا رَأَهُ الصَّالِحُوْنَ فِى الْمَنَامِ فَرُؤْيَاهُمْ كُلُّهَا مُتَوَاطِئَةٌ بَعْدَ مَا يَقْرَءُوْنَ وَيَهْدُوْنَ لِلْمَيِّتِ مِمَّا يَدُلُّ عَلَى وُصُوْلِ ثَوَابِ الْقِرَاءَةِ اِلَيْهِمْ وَانْتِفَاعُهُمْ بِذَلِكَ لاَ يُحْصى
Adapun barang yang melihat oleh orang-orang soleh pada ketika tidur, maka mimpi mereka itu sekeliannya muafakat mereka itu yakni barang yang mereka baca dan mereka hadiahkan bagi si mati itu sampai pahala bacaan kepada si mati dan mereka mengambil manfaat dengan demikian itu adalah riwayat tersebut tidak terhingga banyaknya.
حَدَّثَناَ هاَشِمُ بْنُ قَاسِمٍ قَالَ حَدَّثَناَ اْلاَشْجَاعِيْنَ عَنْ سُفْيَانَ قَالَ : قَالَ طَاوُسٌ اِنَّ الْمَوْتَ يُفْتَنُوْنَ فِى قُبُوْرِهِمْ سَبْعًا فَكَانُوْا يَسْتَحِبُّوْنَ اَنْ يُطْعَمَ عَنْهُمْ تِلْكَ اْلاَياَّمَ
Ertinya: Telah berkata oleh Tawus (tabii’n) sesungguhnya orang yang mati itu difitnahkan mereka di dalam kubur selama 7 hari. Maka adalah mereka (para sahabat) kasih bahawa mensedekahkan makanan kepada orang ramai untuk si mayat pada demikian hari.
وَكَانَ عَلَيْهِمُ السَّلاَمُ مَرَّ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ عَذَابٌ يَسِيْرٌ فَاَخَذَ جَدِيْدَةً مِنْ نَخْلٍ وَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ وَغَرَسَ كُلَّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا عَلَى قَبْرٍ فَقَالَ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا الْعَذَابُ مَا لَمْ يَجُفَّ رَوَاهُ الْبُخَارِىْ
Adalah Nabi s.a.w lalu disamping 2 buah kubur, maka beliau bersabda “azab yang sedikit”. Maka mengambil pelepah kurma daripada pohon kurma lalu membelahnya menjadi dua dan ditanamkan tiap-tiap satu di atas kubur. Lalu baginda bersabda “diringankan azab selama pelepah ini tidak kering”.
(Riwayat Imam Bukhari)
Pembahasan  hadis Thawwus:

Hukum selamatan hari ke-3, 7, 40, 100, setahun, dan 1000 hari diperbolehkan dalam syari’at Islam. Keterangan diambila dari kitab “Al-Hawi lil Fatawi” karya Imam Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuthi jilid 2 halaman 178 sebagai berikut: scan kitab 
Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari1

قال الامام أحمد بن حنبل رضي الله عنه فى كتاب الزهد له : حدثنا هاشم بن القاسم قال: حدثنا الأشجعى عن سفيان قال
قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام , قال الحافظ ألو نعيم فى الجنة: حدثنا أبو بكر بن مالك حدثنا عبد الله بن أحمد بن حنبل حدثنا أبى حدثنا هاشم بن القاسم حدثنا الأشجعى عن سفيان قال: قال طاوس: ان الموتى يفتنون فى قبورهم سبعا فكانوا يستحبون أن يطعموا عنهم تلك الأيام

Artinya:
“Telah berkata Imam Ahmad bin Hanbal ra di dalam kitabnya yang menerangkan tentang kitab zuhud: Telah menceritakan kepadaku Hasyim bin Qasim sambil berkata: Telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: TelaH berkata Imam Thawus (ulama besar zaman Tabi’in, wafat kira-kira tahun 110 H / 729 M): Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.
Telah berkata al-Hafiz Abu Nu’aim di dalam kitab Al-Jannah: Telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin Malik, telah menceritakan kepadaku Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, telah menceritakan kepadaku Ubay, telah menceritakan kepadaku Hasyim bin al-Qasim, telah menceritakan kepadaku al-Asyja’i dari Sufyan sambil berkata: Telah berkata Imam Thawus: Sesungguhnya orang-orang yang meninggal akan mendapat ujian dari Allah dalam kuburan mereka selama 7 hari. Maka, disunnahkan bagi mereka yang masih hidup mengadakan jamuan makan (sedekah) untuk orang-orang yang sudah meninggal selama hari-hari tersebut.”
Selain itu, di dalam kitab yang sama jilid 2 halaman 194 diterangkan sebagai berikut:
Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari2
ان سنة الاطعام سبعة أيام بلغنى أنهامستمر الى الأن بمكة و المدينة فالظاهر أنها لم تترك من عهد الصحابة الى الأن و انهم أخذوها خلفا عن سلف الى الصدر الأول
ِArtinya:
“Sesungguhnya, kesunnahan memberikan sedekah makanan selama tujuh hari merupakan perbuatan yang tetap berlaku sampai sekarang (yaitu masa Imam Suyuthi abad ke-9 H) di Mekkah dan Madinah. Yang jelas kebiasaan tersebut tidak pernah ditinggalkan sejak masa sahabat sampai sekarang, dan tradisi tersebut diambil dari ulama salaf sejak generasi pertama, yaitu sahabat.”
———————————————-
Keterangan:

Ertinya “ Berkata Thawwus, bahawasanya segala orang yang mati itu difitnah akan mereka itu didalam kubur, didalam masa 7 hari. Maka adalah mereka itu ( Para Sahabat) suka bahawa memberi makan mereka itu ganti daripada mereka itu pada demikian itu hari.” ]
Berkata Sayuti. Katanya : ( Kaanu Yastahibbu )  maknanya, “Adalah manusia buat mereka itu akan demikian itu pada zaman Nabi S.A.W, dan mengetahui ia dengan dia dan tidak engkar Nabi S.A.W atas dia– Al Hawi lil Fatawa juzu’2 m/s 377.

Berkata Ibrahim Al Halabi, didalam Syarah Al Kabir kemudian daripada naqal beberapa nas yang menunjuk atas makruh buat makanan daripada ahli mayat :[ Dan tiada sunyi daripada Nazar (kecedraan yang perlu dibahas), kerana bahawasanya tidak ada dalil atas makruh melainkan hadis Jarir bin Abdillah jua. Kerana bahawasanya melawani akan dia oleh hadis yang diriwayatkan akan dia oleh Imam Ahmad dengan sanad yang sahih. Dan barang yang diriwayat oleh Abu Daud daripada Ashsim bin Kulaib daripada bapanya daripada seorang laki-laki daripada Ansar             

( قال خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فى جنازة  فرأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو على القبر يوصى الحافر يقول  أوسع من قبل رجليه  اوسع من قبل رأسه  فلما رجع استقبله داعى امرأته فجأ وجىء بالطعام فوضع  بين يديه ووضع القوم فأكلوا ورسول الله صلى الله وسلم يلوك لقمة فى فيه ثم قال انى أجد لحم شاة أخذت بغير اذن اهلها. )
Ertinya, “ Berkata ia, keluar kami serta Rasullah S.A.W pada suatu jenazah, maka lihat aku akan Rasulullah S.A.W dan ia atas kubur berpesan akan yang menggali kubur, perluaskan olehmu akan pihak kaki, perluaskan olehmu daripada pihak kepalanya. Maka takala kembali daripada kubur itu, berhadap akan dia oleh yang menyuruh suruhannya daripada perempuan si mati itu, yakni isteri si mati itu. Maka datang Nabi S.A.W  didatang dengan makanan, maka dihantar dihadapan Nabi S.A.W dan menghantar oleh Sahabat maka makan oleh mereka itu. Dan Rasulullah makan  ia, akan satu suap, kemudian bersabda Ia, “ Aku dapati daging kambing yang diambil dengan tidak izin oleh ahlinya”. Maka ini hadis, menunjuk ia atas harus membuat ahli mayat atas makanan dan seru  (panggil) atas manusia atasnya dan pada setengah riwayat  “imraah.” … dengan tidak ada dhomir. Maka kaedah usul fiqh, mesti kena :             
( حمل المطلق على المقيد )                                                                             
Maksudnya diambil qaid yang muqayyad  itu, buat qayyid pada yang  yang muthlaq  itu. Ertinya ditanggung (lafaz) “ imro ah” yang tidak ada dhomir itu ialah  “imro a ytil mayyit”,  seperti hak dhomirnya itu jua, Wallahu`alam].
Dan lagi barang yang tersebut di dalam kitab Fawakihud Diwani  :
[Dan adapun barang yang membuat akan dia oleh qirobah  ( kaum kerabat ) mayat, daripada makanan dan menghimpun akan manusia atasnya. Maka jika ada ia kerana baca quran dan lain lagi daripada barang yang diharapkan pahalanya bagi mayat, maka tiada mengapa dengan dia. Dan adapun jika kerana lain daripada demikian itu, maka makruh ia. Dan tidak seyogia bagi seseorang makan daripadanya,melainkan jika adalah yang membuatnya itu waris yang baligh lagi cerdik, maka tidak mengapa kita makan dengannya. Dan adapun jika wasiat oleh si mati dengan dibuat akan makanan pada matinya, maka bahawasanya sah pada thulus (1/3) hartanya. Dan wajib diluluskan akan dia, kerana diamalkan dengan fardhunya]- juzu’2 m/s 289.

Adapun kitab Al Anwar :[ Dan adapun jika wasiat seseorang dengan baca quran di kubur atau bersedekah daripadanya, atau umpama demikian itu, nescaya lulus ia] – juzu’ 1 m/s 126.

Adapun  jika buat dengan sebab adat hingga mereka yang tiada kuasa pun tebing ( buat-buat ) juga takut jadi keaiban (kalau tidak dibuat jamuan) , kerana adat jua belaka. Inilah ynag dinamakan Takalluf pada bahasa Arab. Maka inilah yang dinamakan bida’ah yang dicela oleh syarak, yang ditegah oleh segala Ulamak didalam kitab Jawi ( Melayu) dan Arab. Seperti kata Syekh Ibnu Hajar di dalam Tuhfah :[ “Dan bermula barang yang diadatkan, daripada membuat ahli mayat didalam makanan supaya menyeru akan mereka diatasnnya itu, makruh lagi bida’ah. Seperti  (itu juga hukumnya untuk sesiapa yang) memperkenankan (jemputan) mereka itu, kerana barang yang datang daripada hadis yang Sahih daripada Jarir :

( كنا نعد الأجتماع الى أهل الميت  وصنعهم الطعام  بعد دفنه من النياحة )
Ertinya, “Adalah kami sekelian, sangkakan  berhimpun pada ahli mayat dan buat mereka itu akan makanan kemudian daripada tanamnya setengah daripada meratap (Niyahah) ”].

Maka zahirnya berlawan antara hadis Ashim dan hadis Jarir ini, maka kaedah (usul fiqah)
Apabila berlawan dua dalil, wajib dihimpun jika mungkin berhimpun], maka disini boleh dihimpun, maka hadis Ashim itu ditanggungkan atas barang yang dibuat tidak kerana adat. Bahkan buat kerana tarahum dan niat hadiah pahalanya kepada si mati. Dan yang ditegah pada hadis Jarir itu, jika buat kerana adat seperti barang yang kami kata satni (sebentar tadi). Wa Allahu`alam bis Sowab.

Berkata Ibnu Hajar di dalam Tuhfah , juzu’ 3 m/s 207. “Bermula wajah dibilangkan dia daripada Niyahah itu, barang yang ada padanya, daripada bersangat-sangatan beramat- amati dengan pekerjaan kerunsingan dan dukacita” .

Maka ini illat tidak ada pada kebanyakan pada orang jawi kita, dan apabila tidak ada illat tidak ada hukum. Kerana kata mereka itu, “ Bermula hukum itu berkeliling ia serta illatnya, maka murad dengan hukum disini ialah makruh berhimpun dan buat kenduri di rumah si mati”. Wa Allahu` alam.

Maka berhimpun yang dilarang pada hadis Jarir itu jika tidak kerana baca quran dan zikir. Adapun jika berhimpun kerana baca quran dan zikir pada si mati adalah sunat, seperti barang yang  sorih perkataan Imam Nawawi di dalam Majmuk :
(لا كراهة قرأة القرأن مجتمعين  بل هى مستحبة)
Ertinya, “ Tidak makruh baca quran berhimpun bahkan ia itu sunat- juz’1 m/s 126.”Riwayat daripada Abi Hurairah R.A dan daripada Abi Said Al Kudri, ertinya kedua mereka berkata,

(قالا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لا يقعد قوم يذكرون الله الا حفتهم الملأيكة وغشيتهم الرحمة وأنزلت عليهم  السكينة )
“Sabda Rasullah S.A.W, tidak duduk oleh satu kaum, menyebut mereka itu akan Allah Taala, melainkan berkelilingi oleh malaikat akan mereka itu. Kerana memuliakan akan mereka itu dan menutupi akan mereka itu oleh rahmat. Dan turun atas mereka itu oleh ketetapan pada hati”. Qauluhu [Yazkuruna] : ertinya, “Barangmana kelakuan daripada segala kelakuan dan barangmana seorang ada ia. Qauluhu [Yazkuruna] : Bermula zikir itu melengkapi akan sembahyang, baca quran dan doa dengan yang lebih pada dunia dan akhirat-Dalilul Faalihin m/s 248. 

Maka kami faham daripada nas- nas ini, bahawasanya baca quran dengan berhimpun itu afdhal, daripada baca seorang diri pada Mazhab kita Syafie. Kerana tidak ada nas daripada alquran dan hadis, melarang tidak boleh baca quran di rumah si mati. Bahkan setengah mereka itu, dia kiaskan makruh baca quran di rumah si mati, dengan baca quran di jamban. Maka ini qias batal, kerana “Qias ma’alfaariq”. Kerana syarat sah qias itu hendak ada jamik antara “maqis” dan “maqisu a`laih”. Maka jauh sekali perbezaan, antara rumah si mati dengan jamban itu, kerana rumah si mati tidak ada najis dan jamban itu kotor (tempat najis), maka disini nyata batal qias itu. Maka jika engkau kata, ijtimak pada hadis Jarir itu, am melengkapi ia, barangmana ijtimak nescaya kami jawab, “ Apa faedah boleh ia datang dengan lafaz ma’rifah pada lafaz al ijtimak”. Maka kami faham daripada lafaz al ijtimak, dikehendaki dengan ijtimak yang membawa kepada niyahah yang dilihat dengan mata kepala sendiri di Mekah sana. Maka dimana- manapun, jika ijtimak seperti itu, “Bidaah Mazmumah Muharamah” pada syarak.
Kerana kaedah: ( للوسائل حكم المقاصد)

Murad dengan wasaail itu ijtimak dan murad dengan maqasid itu Niyahah. Dan jika engkau kata, alif lam pada ijtimak itu. Alif lam apa? Nescaya kami jawab, (الف لام للعهد العمى)
(iaitu barang yang hasil pada ilmu mukhatab dengan ketiadaan sebutnya yang telah lalu). Dan makna: العهد , الشيء المعهود Ertinya: suatu yang diketahui.

Dan jika engkau kata : (الف لام للاستغراق الجنس )?.

Nescaya kami jawab tidak betul, kerana syarat     الف لام للاستغراق الجنس    itu bahawa sah kita letak lafaz  (كل)kullu pada tempat dia itu. Maka disini tidak sah kerana jadi fasad (rosak) makna, kerana bunyi maknannya:

(كل اجتماع وصنع الطعام من اهل الميت من النياحة )

Ertinya, tiap- tiap berhimpun dan buat makan daripada ahli mayat daripada niyahah, maka ini nyata fasad (rosak makna).

Ini kesemuanya jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu marfu’. Adapun jika kita berlaku atas qaul yang berkata hadis Jarir itu mauwquf,  tidak jadi hujjah ( yakni tidak boleh buat dalil dengan dia), kerana syarat perkataan Sahabi ( hadis mawquf ), hendak jadi marfu’ itu, jika ia idofat kepada Rasulullah S.A.W, seperti dia kata :
كنا فى زمن النبى  كذا وكذا  اتو كنا فى حياته كذا وكذا….
seperti barang yang berkata oleh jumhur Muhaddisin dan Ashabul fiqh wal Usul. Dan berkata Imam Nawawi dalam syarah Muslim, “Adakah ia, yakni hadis Mauwquf  itu, jadi hujjah atau tidak?”. Ada padanya dua qaul, bagi Imam kita Syafie yang masyhur keduanya. Bermula yang Asah, ialah Qaul Jadid, baginya tidak menjadi hujjah dengan hadis Mauwquf. Dan yang kedua, ialah Qaul Qadim baginya ini dhoif. Maka apabila berlaku kita, atas qaul yang berkata tidak menjadi hujjah, maka bermula Qiyas didahulukan atasnya dan harus bagi Tabi’in menyalahi akan dia, yakni harus kita tidak berdalil dengannya.-Syarah Muslim juzu’1 m/s 45 — mulakhisan ( Diringkaskan).
Maka difaham daripada perkataan Imam Nawawi ini, tidak boleh kita bermudah- mudah hukum dengan kufur orang itu dan kufur orang ini, dengan makanan kenduri dan baca Qul`hu wallah di rumah si mati. Takut terbalik kepada yang berkata, wa`iyya zabillah.

4.82/ 5 (91)
Shahihnya Hadits Riwayat Thawus Attabi’in dan Umair bin Ubaid : Dalil Selamatan / Kenduri Arwah / Tahlilan 7 hari & 40 Hari ...
4 Dari 5 BINTANG
No comment Add a comment
Cancel Reply
GetID

Sony Nur PROFIL ADMIN

Sony Nur adalah Ustad Blogger dari
Surabaya, Jawa Timur
Indonesia
Follow Sony Nur Di Dan

Theme designed by Damzaky - Published by Proyek-Template
Powered by Blogger
-->