Bukti Taubatnya Imam Besar Wahabi Dari Aqidah Yahudi - Blog Darurat Wahabi (www.newsalafy.top)

ANTI TERORIS-KHOWARIJ FITNAHTAN LIL ALAMIN membongkar kesesatan dan bahaya ajaran wahabi tanduk setan ahlul fitnah dari najd berdasarkan al qur'an dan as sunnah serta pendapat fatwa para ulama sunni

Bukti Taubatnya Imam Besar Wahabi Dari Aqidah Yahudi


Taubatnya imam besar wahabi dari aqidah yahudi1Taubatnya imam besar wahabi dari aqidah yahudi
Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya
akidah Wahhabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat "Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa".
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke
tempat dan selainnya daripada akidah kufur.
AKIDAH WAHABI SAMA DENGAN AKIDAH YAHUDI :
Dalam kitab Yahudi Safar Al-Muluk Al-Ishah 22 Nomor 19-20, Yahudi
menyatakan akidah kufur di dalamnya :
ﺭﺃﻳﺖ ﺍﻟﺮﺏ ﺍﻟﺮﺏ ﻗﺪ ﺇﺫﺍً ﻛﻼﻡ ﻓﺎﺳﻤﻊ ﻗﺎﻝ
ﺍﻟﺴﻤﺎﺀ ﺟﻨﺪ ﻛﻞ ﻭ ﻛﺮﺳﻴﻪ ﻋﻠﻰ ﺟﻻﺴًﺎ
ﻳﺴﺎﺭﻩ ﻋﻨﻴﻤﻴﻨﻪ ﻋﻦ ﻟﺪﻳﻪ ﻭ ﻭﻗﻮﻑ
“Berkata : Dengarkanlah engkau kata-kata Tuhan,telah ku lihat
Tuhan duduk di atas kursi dan ke semua tentera langit berdiri di sekitarnya kanan dan kiri” .
- Ibnu Taimiah ikut Membantu
Yahudi Menyebarkan Akidah Yahudi ” Allah Duduk ” : Dalam kitab Ibnu Taimiah
Majmu Fatawa Jilid 4 /374 : “Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya
mendudukkannya diatas arasy bersamaNya”.
sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah
sesat tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta
mengaku sebagai pengikut Asyairah dengan katanya "saya golongan Asy'ary".

Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany
yang hebat dalam ilmu hadith dan merupakan ulama hadith yang
tsiqah dan pakar dalam segala ilmu hadith dan merupakan pengarang
kitab syarah kepada Sohih Bukhari berjudul Fathul Bari
beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu taimiah ini serta
tidak menafikan kesahihannya dan ianya diakui olehnya sendiri
dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi 'ayan Al-
Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya
oleh ulama-ulama Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahhabi di
Malaysia ( Mohd Asri Zainul Abidin).
Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiah dari akidah sesat tersebut
juga telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan
Ibnu Taimiah iaitu Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy  wafat 733H.
Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul
Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H
Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148 dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan
Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul
Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab :
1. "Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah
ditulis oleh Ibnu Taimiah yang telahpun diakui akannya sebelum
itu (akidah salah ibnu taimiah sebelum bertaubat) berkaitan
dengan akidahnya bahawa Allah ta'ala berkata-kata dengan suara,
dan Allah beristawa dengan arti yang hakiki (iaitu duduk) dan
selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq (kebenaran)".
Saya mengatakan : Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu Taimiah
bahawa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum
bertaubat daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki iaitu duduk.

2." Telah berkata Ibnu Taimiah dengan kehadiran
saksi para ulama: ' Saya golongan Asy'ary' dan mengangkat kitab Al-
Asy'ariyah di atas kepalanya ( mengakuinya)".

3.Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiah dihadapan para ulama
islam ketika itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan
Ibnu Taimiah : " Dan yang aku berpegang mengenai firman Allah 'Ar- Rahman diatas Arasy istawa'
adalah sepertimana berpegangnya jemaah ulama islam,
sesungguhnya ayat tersebut bukan bererti hakikatnya(duduk) dan
bukan atas zohirnya dan aku tidak mengetahui maksud sebenar-
benarnya dari ayat tersebut bahkan tidak diketahui makna
sebenr-benarnya dari ayat tersebut kecuali Allah.
Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiah".[tertanda ibnu taimiah]

berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh Imam Ibnu Hajar Al-
Asqolany : " Dan aku antara saksi bahawa Ibnu Taimiah telah
bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada empat
masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiah
telah mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada
akidah yang salah pernah dia pegangi terdahulu)".

Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan
akidah yang salah ini iaitu menganggap bahawa Istiwa Allah
adalah hakiki termasuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan
istawa bermakna duduk cuma bagaimana bentuknya bagi Allah
kita tak tahu. lihat dan dengar sendiri Asri sandarkan DUDUK
bagi Allah di : http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/06/asri-menghidupkan-akidah-
yahudi-allah.html .
Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.

ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN
KISAH TAUBATNYA IBNU TAIMIAH.
Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul
Ad-Durar Al-Kaminah Fi "ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H
Dar Al-Jiel juzuk 1 m/s 148 dan Imam As-Syeikh Syihabuddin
An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk
32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi
Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiah ramai
lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan
kisah pengakuan tersebut antaranya lagi :
-As-Syeikh Ibnu Al-Mu'allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul
Muhtadi Wa Rojmul Mu'tadi cetakan Paris nom 638.
-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu
Ad-Durar - Al0Jam'-239.
-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H
dalam Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakan
sepertimana yang dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al- Asqolany dalam
kitabnya yang lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami' 580.
Bukti Taubatnya Imam Besar Wahabi Dari Aqidah Yahudi
Bukti Taubatnya Imam Besar Wahabi Dari Aqidah Yahudi - written by sony nurcahyandie , published at 2/23/2016 08:51:00 PM, categorized as sejarah & biografy , wahabi beraqidah yahudi . And have 0 komentar
4.82/ 5 (91)
Dengan kajian ini dapatlah kita memahami bahawa sebenarnya akidah Wahhabiyah antaranya : 1-Allah duduk di atas kursi. 2-Allah duduk d...
4 Dari 5 BINTANG
No comment Add a comment
Cancel Reply
GetID
Theme designed by Damzaky - Published by Proyek-Template
Powered by Blogger